7 Aktiviti Rangsangan Awal Anak 1-4 Tahun Yang Mudah & Berkesan
“Ibu... saya nak main apa hari ni?”
Pernah buntu fikir nak buat aktiviti apa dengan anak kat rumah? Lagi-lagi kalau anak jenis aktif, tak duduk diam. Memang kena sentiasa ada idea baru!
Sebenarnya, tak perlu complicated pun. Yang penting, aktiviti tu bantu anak berkembang dari segi motor halus, bahasa, sosial dan pemikiran logik.
Jom tengok 7 aktiviti paling mudah tapi sangat power untuk rangsangan awal anak 1-4 tahun π
1. π¨ Mewarna & Menconteng
Gunakan kertas A4, pensil warna atau krayon. Biarkan anak conteng bebas. Ini bantu kekuatan tangan, kawalan pensil dan imaginasi. Tip: Letak satu tema. Contohnya, “Lukis buah kegemaran kamu.”
2. π Guna Flashcard Bergambar
Flashcard bantu anak kenal perkataan dan gambar secara visual. Lagi power kalau guna dwibahasa; BM & English (plus Jawi kalau nak pendedahan awal). Anak belajar melalui ulang, jadi flashcard ni sangat sesuai untuk sesi pendek 5 minit setiap hari.
✅ Muat turun 4 muka surat flashcard PERCUMA di sini
3. π¦ Main Masukkan Barang
Guna kotak kosong atau bakul kecil. Ajar anak asingkan objek ikut warna, saiz atau kategori. Aktiviti ni sangat bagus untuk skill berfikir & menyusun maklumat.
4. π΅ Menyanyi Lagu Interaktif
Lagu seperti “Kepala Bahu Lutut Kaki” atau “If You're Happy and You Know It” sangat membantu dalam pembangunan bahasa dan motor kasar.
5. π Bacakan Buku Bergambar
Sambil baca, tunjuk gambar dan sebut setiap objek. Tanya soalan mudah walaupun anak belum pandai jawab lagi. Contoh: “Mana kucing? Kucing buat bunyi apa?”
6. π§© Permainan Padanan (Matching Game)
Gunakan kad atau objek fizikal. Contohnya, padankan gambar buah dengan nama buah.
7. π§ Permainan Meneka Bunyi
Bunyi haiwan, bunyi kenderaan, bunyi alam. Semua ini bantu pendengaran fokus dan perbendaharaan kata.
π‘ Bonus: Flashcard Lengkap 5 Tema Penting
Nak mudahkan semua aktiviti di atas? Kami ada set 15 flashcard lengkap dengan 5 tema utama:
-
Haiwan
-
Buah-buahan tempatan
-
Makanan tempatan
Kenderaan
-
Objek di Dalam Rumah
Dengan Bahasa Melayu + English + Jawi, sangat sesuai untuk anak 1–4 tahun.
π Dapatkan set penuh di sini
Set penuh dihantar melalui Google Drive
Ada 3 bonus! Latihan menggunting, cara guna flashcard dan latihan padankan gambar berwarna!
π Cuba Freebie Dulu!
Kalau nak cuba dulu, boleh download 4 muka surat pertama secara percuma. Boleh print dan guna terus!
π₯ Klik sini untuk download freebie
Dengan aktiviti yang betul, anak akan lebih fokus, kurang tantrum dan makin cepat bercakap. Yang penting: konsisten dan sayang! π·
Salam sayang,
Lina
@Nubuprints




Comments
Post a Comment